Festival Gamelan UTP 2015
Monday, May 04, 2015 Unknown 0 Comments Category : 2015 , event , featured , Festival Gamelan UTP 2015 , gemagangsa
Sebagai persiapan dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani peserta, sesi latihan telah dijalankan 2 hingga 3 minggu sebelum festival ini berlangsung iaitu semasa cuti pertengahan semester. Latihan yang dibimbing oleh Cikgu Ku Zahir dan Cikgu Ku Nazarudin ini bertujuan untuk menjaga kualiti permainan memandangkan lagu-lagu yang dibawa memerlukan koordinasi yang tepat antara kumpulan gamelan dan perkusi IIUM. Lagu tradisional yang dibawa oleh pasukan Gema Gangsa ialah Ketam Renjong (2 lagu beserta 2 cincang) dan lagu kontemporari yang dibawa pula ialah Cari-cari Cuba Kau Cari hasil gubahan Cikgu Ku Zahir sendiri. Pada pagi 28 Mac 2015, pasukan Gema Gangsa IIUM bertolak ke Universiti Teknologi Petronas.



























