Gema Gangsa Family Day : Kalumpang 2.0
Sunday, April 17, 2016 Unknown 0 Comments Category : 2016 , event , Events , family , family day , featured , gamelan , gamelan melayu , iium gamelan
Assalamualaikum!
10/4/2016, Ahad. Program kali ini dinamakan Kalumpang 2.0 kerana Family Day sebelum ini juga telah dibuat di Kalumpang. Jadi ini merupakan kali kedua kami ber-Kalumpang bersama family Gema Gangsa. Aktiviti yang dijalankan semestinya berendam, ber-bbq, main game dalam air/sambil bbq, terjun, dan berendam semula. Dipendekkan cerita -apa-apa pun aktiviti yang objektifnya ialah mengeratkan bonding sesama ahli keluarga.
Cuma pada kali ini, kami membuat keputusan untuk menggunakan bas UIA. Sebelum ini, kami menaiki kereta masing-masing secara carpool. Antara sebab-musababnya, ahli keluarga kami sudah semakin ramai hampir dua kali ganda. Jadi, penggunaan bas lebih efisyen. Tepat pukul 8.30 pagi, dua buah bas serta kereta Cikgu Ku Zahir dan family bergerak dari UIA ke Kalumpang.
Nak dijadikan cerita, satu daripada bas yang kami naiki, boleh pula aircond-nya rosak. Memang berpanas dan berpeluh sampai ke Langat. Selepas itu, bas tidak boleh masuk ke dalam kerana jalannya kecil dan akan menyebabkan susah untuk u-turn. Maka, kami dijemput oleh pihak Kalumpang menggunakan lori. First time naik lori ramai-ramai semua teruja walaupun cuma lori!
Malangnya, satu lagi cubaan mendatang. Lori kami rosak di tengah jalan sebelum sampai ke tempat bermandi-manda. Clutch tak dapat masuk. Macam-macam hal. Maka orang Kalumpang telah menjemput kami naik Hilux dari tempat lori rosak sampai ke tempat mandi-manda. Boleh tahan trip kali ini naik tiga jenis kenderaan :p