Gamelan dan Caklempong UIA Bergabung!

Wednesday, November 14, 2012 IIUM Gamelan Group 0 Comments Category : , , , ,

Untuk sekian kali nya, telah berlangsung program yang menggabungkan IIUM Gamelan Group dan Andeka Caklempong IIUM, yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara pemain di bawah satu unit dan juga untuk bertukar-tukar ilmu, bermain alat tradisional yang lain. Program ini yang berlansung selama tiga hari, telah membabitkan semua ahli gamelan dan caklempong, sejak dari jumaat lagi.


Jumaat, 12/10/2012

Hari pertama program, kami telah melakukan aktiviti 'culture exchange' di antara ahli gamelan dan caklempong.. Pada set pertama aktiviti ini yang bermula tepat pada pukul 5 petang, kami berkenal-kenalan dengan tenaga pengajar dan alatan caklempong sebelum sesi 'warming up' dengan lagu asas caklempong.. Aktiviti yang sama telah dijalankan oleh ahli caklempong yang belajar bermain gamelan.

Pada sesi kedua, yang bermula pada pukul 8 malam, kami telah berlatih lagu caklempong yang akan dimainkan pada busking di Wangsa Walk keesokan harinya iaitu Mudiak Arau.. Manakala, ahli caklempong belajar memainkan lagu tradisional gamelan iaitu Timang Burung dan lagu gamelan kromatik iaitu Sway.


video gamelan bermain lagu caklempong


Sabtu, 13/10/12

Persembahan di Wangsa Walk. Semua ahli dari kedua2 kelab telah mengerah tenaga untuk sama2 berganding ketika mengangkat barang2 dan alatan yang akan digunakan sejak dari pagi lagi.. 5 set lagu yang dipersembahkan pada hari itu telah mengambil masa selama 3 jam, bermula dari pukul 2 hingga 5 petang. Antara lagu2 gamelan yang dimainkan adalah:-

lagu tradisional:-
  • Lambang sari
  • Perang manggung
  • Lenggang kangkung
  • Antawada
  • Cak Doh Gong
lagu kromatik:-
  • Awan Nano
  • What makes you beautiful
  • Halo
  • We are young
  • Ombak Rindu
lagu gabungan antara gamelan dan caklempong:-
  • Bunga rampai
  • Terukir di bintang
  • Suasana hari raya

Persembahan yang dihadiri oleh pengunjung Wangsa Walk, kelihatan membanjiri sekitar Amphitheatre apabila melodi indah dari alatan tradisional melayu ini bergema di sekitarnya walaupun hujan lebat menyambut kehadiran mereka.. Sesungguhnya kehadiran para pengunjung amat menceriakan suasana walaupun kedinginan menusuk ke tulang..


"Saper yang curik tulang tuh!" kata kak liyana

platform yang sangat ringan..

exercise pepagi..

sibuk sampai lupa nak sarung kasut..

comittees a.k.a seniors

dah siap setup tempat..

katy di interview oleh pengacara mail..

gamelan tradisional dah sedia..
pasukan caklempong dah semangat!

termenung ku sendiri.....

pemain bonang..

senyuman manis mengalu2 kan kedatangan pengunjung..

pemain gendang gamelan..

pemain gamelan kromatik..

senior azreen kne interview pulaks..

pemain gamelan yang horror..

caklempong + gamelan = cakmelan

Ahad, 14/10/12

Majlis makan malam ringkas telah diadakan di blok Engineering tepat padapukul 8.30 malam.. Majlis ini bertujuan untuk meraikan pemain2 yang telah memberi komitmen kepada sesi latihan selama 2 minggu, komiti2 yang bertungkus lumus menjayakan Busking ini dan ahli kedua2 kelab yang memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap busking ini..

Sesungguhnya, program ini telah berjalan dan berakhir dengan baik.. Kami ahli kelab gamelan, amat berterima kasih kepada pengunjung yang sudi hadir pada persembahan kami..

sekian saja dari kami..


appreciation dinner..

gamelan dan caklempong satu meja..

ukhuwah yang terjalin, smoga berkekalan..

RELATED POSTS

0 comments