Anugerah Ikon Seni Budaya 2013

Friday, March 07, 2014 Unknown 0 Comments Category :

Apa khabar semua!


Untuk pengetahuan semua, pada minggu lepas, Gema Gangsa UIAM telah dijemput untuk menghadiri Anugerah Ikon Varsiti Berita Harian 2013 di Putrajaya. Datang bukan sebarang datang, datang kami kerana kami telah tercalon dalam satu kategori iaitu Kategori Ikon Seni Budaya. Kami bertolak dari UIAM dengan pengangkutan yang telah disediakan oleh pihak UIAM. Turut bersama kami adalah kumpulan CENSERVE UIAM , dan 2 individu yang turut mewakili UIAM dan tercalon dalam kategori masing-masing.

Alhamdulillah, disaat Anugerah Ikon Seni Budaya diumumkan, masing-masing berasa teruja dan dalam masa yang sama, kami risau jika tidak memenangi anugerah ini. Tetapi, "Kun Fayakun" firman Allah, ditakdirkan Anugerah Ikon Seni Budaya adala milik Gema Gangsa UIAM! Pelbagai perasaan yang menikam jiwa kami. Kami sangat bersyukur atas anugerah yang diberikan.

Terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Ku Zahir atas dorongan, dan semua yang telah menyokong dan mengundi kami untuk meraih anugerah ini. InsyaAllah, kami akan kekalkan momentum dan lakukan yang lebih baik untuk memartabatkan industri irama tradisional melalui Gamelan. Biar tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.



RELATED POSTS

0 comments