Gema Gangsa ft KinderKaizen

Friday, June 10, 2016 Unknown 0 Comments Category : , , , , , , , , , , ,


Salam sejahtera!

Pada 3 Jun yang lalu, kami telah dijemput oleh pihak KinderKaizen untuk menceritakan serba sedikit tentang gamelan dan memperkenalkan mereka dengan bunyi-bunyi yang terhasil daripada muzik tradisional sementelah kanak-kanak sedang belajar mengenai bunyi,

Sesi dimulakan dengan pengenalan mengenai sejarah gamelan diikuti nama setiap alat dan alatan yang kami bawa. Melalui video, kami menunjukkan beberapa lagu gamelan tradisional. Kemudian kami mengajar adik-adik asas notasi bunyi dengan cara tepuk tangan.

Setelah itu kami menunjukkan perbezaan bunyi yang dihasilkan oleh setiap not dan melakukan demonstrasi cara-cara ketuk alat. Adik-adik kemudiannya diberi peluang untuk cuba mengetuk pekin  mengikut urutan 123456i.

Kemudian, kami tunjukkan not lagu timang burung. Setelah menunjukkan cara lagu tersebut dimainkan mengikut not, mereka sekali lagi diberi peluang untuk merasai sendiri cara memainkan lagu tersebut dan mendengar sendiri lagu yang mereka hasilkan.

Setelah itu tayangan video disiarkan semula dengan menunjukkan permainan lagu kreatif bagi membuat perbandingan dengan cara permainan, notasi muzik, serta bunyi dengan lagu tradisional. Akhir sekali, kami memberi mereka slot bebas di mana mereka dibenarkan untuk bermain sendiri alatan yang dibawa.

Terima kasih diucapkan kepada pihak KinderKaizen kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada kami untuk mengajar adik-adik ini mengenai bunyi melalui alatan muzik tradisional. Tahniah juga diucapkan kepada mereka atas idea yang kreatif ini. Semoga berjumpa lagi!


























RELATED POSTS

0 comments